suria

Ibu terkejut jam tangan jenama popular dipenuhi rekaan lucah, nyaris dibeli anak perempuan

Wanita yang tidak dinamakan ini berkata jam tangan berharga £97 (RM 527) itu nyaris dibeli anak perempuannya yang ketika itu sedang melayari laman web jenama berkenaan.

SEORANG ibu terkejut apabila mendapati seutas jam tangan jenama popular dipenuhi rekaan objek lucah.

Memetik laporan Mirror, wanita yang tidak dinamakan ini berkata jam tangan berharga £97 (RM527) itu nyaris dibeli anak perempuannya yang ketika itu sedang melayari laman web jenama berkenaan.

Ibu ini berkongsi gambar jam tangan berkenaan di dalam Mumsnet, sebuah laman web popular untuk ibu bapa di United Kingdom, bagi meminta pandangan orang ramai.

Menerusi gambar yang dikongsi wanita berkenaan, kelihatan corak menyerupai kemaluan manusia menghiasi tali jam tersebut dengan pelbagai warna.

Pelbagai respons diberi menerusi ruangan komen terhadap perkara itu. Ada yang berkata tidak akan memakainya, malah tidak kurang juga ada yang berkata sebaliknya kerana menyifatkan rekaan tersebut unik. - Mirror

jam tangan, Mumsnet

Artikel Lain