suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita alami kejadian seram, nampak rakaman ‘hantu bayi’ tidur bersama anak

Rakaman menunjukkan anak lelakinya tidak keseorangan di katil. Foto Facebook Maritza Elizabeth

SEORANG ibu mengalami pengalaman yang menyeramkan apabila melihat 'hantu bayi' di katil anaknya pada waktu malam.

Maritza Elizabeth berkata, dia terkejut melihat hantu tersebut di katil bersama anak lelakinya, semasa meninjau monitor yang menyiarkan rakaman dalam bilik anaknya.

Keadaan menyeramkan itu menyebabkan ibu berusia 32 tahun berkenaan tidak dapat tidur lena.

Dia bagaimanapun kemudian memberanikan diri untuk menyiasat dan menemui sesuatu yang tidak disangka-sangka di dalam bilik anaknya.

Menerusi perkongsian di Facebook Maritza yang tular, suri rumah dari Naperville, Illinois di Amerika Syarikat itu menemukan sesuatu yang melucukan.

Imej hantu bayi itu sebenarnya gambar seorang bayi di tilam anak lelakinya. Foto Facebook Maritza Elizabeth

Dia rupa-rupanya tersilap anggap mengenai hantu tersebut yang sebenarnya merupakan gambar seorang bayi pada tilam anak lelakinya.

Gambar tersebut biasanya tidak kelihatan jelas di katil, tetapi suaminya baru-baru ini menukarkan cadar dan lupa untuk meletakkan pelindung tilam.

"Malam tadi saya betul-betul nampak hantu bayi bersama anak lelaki saya di katil. Saya memang terkejut sampai tak boleh tidur.

"Pagi ini saya pergi siasat. Rupa-rupanya suami lupa nak pasang pelindung tilam masa dia tukar cadar. Saya akan 'bunuh' dia," katanya secara berseloroh. - Mirror

hantu

Artikel Lain