McDonald’s beri pelanggan ais krim McFlurry percuma selepas pengawal keselamatan bertindak kasar, gelar pelanggan ‘bodoh’

Cameron Sandé pergi ke restoran makanan segera itu yang terletak di Boothferry Road di mana pengawal keselamatan di restoran makanan segera itu memanggilnya 'bodoh' dan bertindak kasar. Foto:Jerome Allerby

SEORANG pengawal keselamatan di restoran makanan segera McDonald’s di Hull, Barat Yorkshire bertindak biadap apabila memanggil seorang pelanggannya sebagai ‘budak kulit putih bodoh’ kerana tidak membuat pesanan di kaunter.

Cameron Sandé, 23, pergi ke restoran makanan segera itu yang terletak di Boothferry Road sekitar awal pagi Sabtu bersama rakan-rakannya.

Mereka terus duduk di sebuah meja dan memesan makanan daripada aplikasi McDonald’s tetapi tidak lama kemudian didatangi oleh pengawal keselamatan yang mengarahkan mereka untuk meninggalkan restoran berkenaan jika tidak memesan makanan.

Katanya, pengawal keselamatan itu memanggilnya “budak putih bodoh” dan mengeluarkan perkataan kesat berbaur perkauman.

Cameron Sande kemudian memberitahu insiden berkenaan kepada pengurus restoran.

Cameron berkata dia menjelaskan kepada pengawal keselamatan itu bahawa mereka baru sahaja duduk dan sedang mahu mengeluarkan telefon bimbit untuk membuat pesanan.

Pengawal keselamatan itu kembali tidak lama kemudian dan menumbuk meja serta mengarahkan mereka keluar kerana tidak membuat pesanan.

“Saya pergi untuk memberitahu pengurus restoran tersebut. Pengurus itu menerangkannya bahawa kami memesan dari telefon bimbit.

“Apabila saya memberitahu pengurus apa yang telah berlaku, dia cuba menakutkan saya untuk tidak memberitahu pengurus,” kata Cameron.

Ujarnya,  pengurus itu kemudian menawarkan mereka ais krim McFlurry percuma dan berkata akan melihat rakaman CCTV kejadian itu.Sementara itu jurucakap McDonald's pihaknya telah menemui pengawal keselamatan berkenaan susulan insiden berkenaan. - Dailystar.co.uk

McDonald's, McFlurry

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain