suria

Kanak-kanak mati hidu penyembur ketiak ibu

Inkues mengenai kematian remaja tersebut berlangsung di Corrow House, Norwich. Foto: Geograph CC Evelyn Simak.

SEORANG remaja lelaki maut selepas menghidu penyembur ketiak ibunya.

Susan Maple, ibu kepada Jack Maple,13, sebelum itu menyedari penyembur ketiaknya hilang di tempat yang sepatutnya berada.

Koroner Yvonne Blake membuat kesimpulan bahawa: “Apabila anda keluar rumah, dia berasa cemas dan seterusnya menyembur deodoran untuk memasti bau seperti anda.”

Keputusan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu mati kerana menghidu aerosol.

Jack ditemui tidak sedarkan diri di biliknya pada 13 Jun 2019 dan terdapat aerosol disebelahnya.

Biarpun cuba diberi bantuan oleh paramedik, Jack tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu bapa mangsa, Robert Waple mengakui Jack seorang kanak-kanak yang suka mencuba sesuatu yang baharu.- Dailymail.co.uk

Penyembur ketiak, hidu, kanak-kanak

Artikel Lain