suria

Kejam! Model diberi dadah, diracun sebelum mayat disorok dalam keranda konkrit

(kiri) Esmeralda Gonzalez mempunyai ramai pengikut di Instagram. Foto Facebook (kanan) Christopher Prestipino tinggal berdekatan dengan rumah mangsa. Foto LVMPD

SEORANG lelaki ditahan selepas terlibat dalam pembunuhan kejam seorang model, Esmeralda Gonzalez.

Gonzalez, 24, dilihat kali terakhir pada Mei tahun ini sedang berjalan berdekatan dengan kediamannya, sehingga membuatkan jiran-jiran menghubungi polis.

Dia dilaporkan hilang oleh abangnya pada Mei, dengan memberitahu polis rumah adiknya di Las Vegas di Amerika Syarikat dipecah masuk, dengan pintu hadapan terbuka dan lampu dihidupkan.

Selepas mendapat maklumat risikan, mayat yang dipercayai Gonzalez ditemui di gurun Nevada awal bulan ini.

Mayat mangsa disembunyikan di dalam keranda konkrit dan kayu.

Christopher Prestipino, 45, ditahan selepas didakwa memberitahu seorang rakan mengenai pembunuhan seorang gadis yang hilang semasa dia di bawah pengaruh dadah.

Prestipino didakwa kerana membunuh, menculik menyebabkan kecederaan dan konspirasi untuk melakukan pembunuhan.

Memetik laporan New York Post, Gonzalez diberikan dadah dan diikat pada tiang katil sebelum dicekik.

Mangsa kemudian disuntik dengan racun, dipercayai bahan pembersih kolam renang. - Daily Star



keranda, cekik

Artikel Berkaitan

Artikel Lain