suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki mengaku punca bunuh teman wanita -“Saya dikongkong, malah tidak boleh buat teh sendiri di rumah”

Foran menyorok mayat teman wanitanya selama tiga minggu sebelum melarikan diri.

SEORANG wanita ditemui mati di sebuah rumah dengan kesan tikaman kejam di seluruh badannya.

Insiden itu dilakukan oleh teman lelakinya, Michael Foran,33, yang mengaku hidupnya dikawal hampir sepuluh tahun oleh June Jones.

Foran memberitahu, dia tidak boleh keluar rumah tanpa pergaduhan.

“Saya minta maaf di atas apa yang telah saya buat. Saya tidak berniat berbuat demikian. Dia mengawal saya selama 11 tahun. Dia musnahkan saya.

“Malah saya langsung tidak boleh membuat secawan teh di rumah.

“Saya sudah cukup. Saya sayang dia, tetapi cukuplah,” jelas Foran.

Ketika kejadian yang berlaku hujung tahun lalu, Foran menyorok mayat teman wanitnya itu di dalam sebuah tab mandi selama tiga minggu.

Selepas membunuh Jones, lelaki itu menghubungi ibunya dan memberitahu: “Saya akan membunuh. Dia buat saya jadi gila. Hampir sepuluh tahun. Cukup.”

Foran meminta ibunya supaya merahsiakan perkara itu, namun ditolak.

Malah ibunya itu meminta dia menyerah diri, tetapi Foran melarikan diri.

Selepas lima hari cuba menyorok, Foran akhirnya ditahan di Poundland, Liverpool. – metro.co.uk

Teman lelaki, dokongkong, bunuh

Artikel Lain