suria

Akibat percaya kad ramalan, wanita patah pergelangan kaki tuduh teman lelaki curang

Jenna Clemence (kiri) patah pergelangan kaki akibat dibelasah teman lelakinya, selepas dia menuduh lelaki itu curang seperti yang ‘didedahkan’ kad ramalan.

SEORANG wanita patah pergelangan kaki akibat dibelasah teman lelakinya, selepas dia menuduh lelaki itu curang seperti yang ‘didedahkan’ kad ramalan.

Jenna Clemence berkata dia menjadi curiga bahawa pasangannya, Ben Johnston mempunya wanita lain, dan kadnya mengesahkan sangkaan berkenaan.

Clemence, yang berasal dari Blackburn berpacaran dengan Johnston selama setahun berkata lelaki berusia 41 tahun itu berkelakuan aneh apabila menerima satu mesej pada lewat malam.

Wanita itu terus ‘menilik’ kadnya dan terkejut dengan apa yang ditunjukkan kad berkenaan.

Ketika berkunjung ke ruman Johnston untuk mengambil barang milik anaknya, lelaki tersebut menyerang Clemence hingga menyebabkan pergelangan kakinya patah.

“Dia menyerang saya seperti bermain ragbi,” kata Clemence.

Pakar perubatan mengesahkan pergelangan kakinya patah.

Clemence, yang bekerja di kedai haiwan peliharaan bertemu Johnston menerusi internet pada Oktober 2016. - Mirror

pergelangan kaki, kad ramalan

Artikel Lain