suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita meninggal dunia selepas doktor cabut 10 batang gigi

Mangsa meninggal dunia beberapa jam selepas melakukan rawatan gigi di sebuah klinik. FOTO: Getty.

SEORANG wanita mengalami pendarahan sebelum meninggal dunia, beberapa jam selepas sepuluh batang giginya dicabut.

Dr Tushar Patel yang juga doktor gigi di sebuah klinik di Purley, Surrey, England turut digantung tugas setahun selepas didapati tidak mengikuti prosedur tepat yang menyebabkan kejadian itu.

Wanita yang tidak didedahkan identiti itu mengalami masalah gusi sebelum doktor berkenaan mencabut giginya menerusi dua sesi rawatan pada 13 dan 18 Julai 2017.

Beberapa jam selepas sesi kedua, dia mengalami pendarahan dan rebah di rumah sebelum meninggal dunia sewaktu dibawa ke hospital.

Menerusi laporan yang baru diterbitkan, ia mendakwa Dr Patel melakukan kesalahan asas yang menyebabkan kejadian berkenaan.

Jawatankuasa turut sepakat untuk menggantung tugasnya selama 12 bulan. - Daily Star.

cabut gigi, pendarahan, doktor gigi

Artikel Lain