39 orang ditemui mati dalam sebuah lori kontena

Kontena yang membawa 39 orang ditemui mati ketika dalam perjalanan dari Belgium menuju ke Essex.

SEKUMPULAN 'penumpang gelap' ditemui mati dalam sebuah kontena melibatkan 38 dewasa dan seorang remaja.

Mereka dilaporkan mati ketika dalam perjalanan ketika cuba memasuki United Kingdom dari Belgium.

Keadaan dalam kontena yang kekurangan udara dan terlalu sejuk itu antara faktor membawa kepada kematian kumpulan itu.

Walaupun sepasukan paramedik tiba dan cuba membantu, namun mereka hanya temui sejumlah badan yang sudah tidak bernyawa.

Pihak Polis Essex telah memulakan siasatan sebagai kes bunuh termasuk identiti dan negara asal kesemuanya mangsa.

Ketua Eksekutif Road Haulage Associaton, Richard Burnett memberitahu, keaadaan dalam kontena itu akan menjadi buruk apabila butang peti ais dibuka.

"Keadaan yang gelap dan jika butang peti ais dibuka, ia akan menjadi sangat sejuk.

"Hanya satu tempat sahaja yang boleh pergi ketika berada di dalam sana, iaitu ke tandas. Anda boleh bayangkan jika mereka sudah tinggal di dalam itu beberapa hari," katanya.

Pihak polis juga telah menahan pemandu lori kontena yang berusia 25 tahun untuk siasatan kes tersebut. - Dailymail.co.uk

mati, kontena, pendatang, sejuk

Artikel Berkaitan

Artikel Lain