suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita dilarang ke tandas sepanjang tujuh jam penerbangan, terpaksa duduk atas air kencing sendiri

Penumpang sebuah kapal terbang dilarang ke tandas selama sepanjang tujuh jam penerbangan.

SEORANG wanita terpaksa duduk di atas sebuah kerusi dipenuhi air kencing sendiri selepas kru kabin tidak membenarkannya pergi ke tandas.

Wanita berusia 26 tahun itu dalam penerbangan balik ke Dublin dari Bogota, Colombia bulan lalu.

Menurut wanita itu, dia telah beberapa kali merayu kepada kru kabin untuk pergi ke tandas, namun tidak dibenarkan.

"Saya meminta kebenaran sebanyak empat kali dalam tempoh dua jam bahawa saya kecemasan untuk ke tandas.

"Mereka juga memaksa saya duduk di tempat sendiri dan tidak benarkan pergi ke tandas,"ujarnya.

Malah wanita yang tidak didedahkan namanya itu terpaksa kencing di tempat duduknya dan kekal di situ selama tujuh jam sehingga tiba di destinasi.

"Saya dimalukan dan kru kabin tidak mempedulikan saya sepanjang penerbangan tersebut."

Tambahnya, ketika tiba di Toronto dia terpaksa menyewa sebuah bilik hotel untuk membersihkan dirinya.- mirror.co.uk

Larang, Tandas, kencing

Artikel Lain