Ramai terkejut tengok hidangan nasi mangkuk cicak panggang - “Macam ikan bilis” - Dunia | mStar

Ramai terkejut tengok hidangan nasi mangkuk cicak panggang - “Macam ikan bilis”

Pekerja-pekerja melakukan kerja mencuci cicak sebelum dipanggang. -foto FB Viralcham

BAGI yang pernah melancong ke Vietnam, tidak dapat dinafikan makanan menjadi salah satu tarikan menarik di negara itu.

Selain dapat melihat hidangan tempatan yang unik, pengunjung dari Malaysia khususnya yang beragama Islam juga berpeluang merasai makanan di sana kerana banyak juga hidangan halal yang dijual.

Tetapi 'kemeriahan' makanan jalanan ini tidak akan anda temui jika anda mengambil pakej percutian lima bintang.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen terkejut tengok juadah berbuka!

Sesekali, apa kata anda keluar dari 'zon selesa' dengan mengunjungi pasar-pasar di Vietnam dan melihat gaya hidup orang tempatan.

Nasi mangkuk berlaukkan cicak panggang menjadi makanan penduduk tempatan di Vietnam. -foto FB Viralcham

Mi sup, kopi dan popia Vietnam menjadi antara hidangan popular yang digemari ramai, tetapi pernahkah anda tahu tentang nasi mangkuk berlaukkan cicak?

Menerusi perkongsian dalam posting Facebook Viralcham.com, anda dapat melihat gambar-gambar makanan unik itu.

"Netizen tak dapat terima bahawa orang Vietnam menggunakan cicak panggang untuk membuat makanan aneh seperti 'nasi cicak dalam mangkuk'. Sesiapa yang ada banyak cicak di rumah, mungkin anda akan dapat hasil jika anda menjualnya ke Vietnam!" tulis keterangan pada posting tersebut.

Posting itu setakat ini telah mendapat lebih 1,000 komen dan lebih 500 perkongsian.

Sekali pandang nampak macam ikan bilis!

Rata-rata terkejut melihat cara penyediaannya yang menunjukkan cicak dikumpul, dibersihkan sebelum ia dipanggang.

Malah ramai juga yang menyamakan longgokan cicak dalam gambar itu seperti ikan bilis.

cicak panggang , Vietnam , unik , nasi mangkuk

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain