suria

Dua maut roller coaster tergelincir di taman tema

Pihak berkuasa, kejadian berlaku pada Sabtu lalu. Foto Twitter

SEKURANG-kurangnya dua maut dan lima lagi cedera selepas gerabak permainan roller coaster yang dinaiki mereka tergelincir di sebuah taman hiburan di Mexico, menurut beberapa laporan.

Pihak berkuasa berkata, gerabak roller coaster itu dilaporkan tergelincir dari landasan dan terhempas ke tanah, dalam kejadian di taman tema La Feria de Chapultepec di Mexico Citu pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Sky News, dua mangsa yang maut dikenal pasti remaja lelaki berusia 18 dan 21 tahun, dipercayai mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Laporan turut memberitahu mangsa yang cedera dirawat di hospital susulan kejadian pada permainan Chimera itu. - Mirror UK


taman tema, roller coaster

Artikel Lain