suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu berani lawan 3 lelaki bertopeng cuba curi kereta dengan anak di tempat duduk belakang

Salah seorang lelaki bertopeng cuba menyerang seorang ibu. Foto BirminghamLive/ WS

SEORANG ibu bertindak berani berlawan dengan tiga lelaki bertopeng yang cuba untuk mencuri keretanya yang ketika itu anaknya berada di dalamnya.

Amy-Leigh Hill, 24, ketika itu baru keluar dari keretanya apabila sekumpulan remaja mendekatinya.

Birmingham Live melaporkan bahawa salah seorang daripada mereka bersenjatakan besi dalam satu kejadian pada 26 Julai tahun lalu.

Menerusi satu klip video, Amy-Leigh dan rakannya yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan diserang.

Ia turut menunjukkan salah seorang daripada suspek membuka pintu belakang yang menempatkan anak lelakinya berusia tiga tahun.

Polis kini memburu sekumpulan suspek dalam kejadian di Moseley, Birmigham. - Mirror UK

curi

Artikel Lain