suria

Wanita ini sanggup berhenti kerja kerana fikir lelaki perlu dimanjakan oleh isteri sepanjang masa

Katrina bersama suaminya, Lars.

KATRINA Holte sanggup berhenti kerja demi memberi fokus buat suaminya.

Ujar wanita itu, dia melakukan hampir semua kerja rumah setiap hari untuk suaminya, Lars yang berusia 28 tahun.

"Saya rasa saya menjalani kehidupan seperti yang saya inginkan. Ianya impian saya.

"Saya buat banyak kerja rumah tapi saya suka jaga suami dan buat dia gembira.

"Dia juga menghargai saya. Saya rasa lelaki memerlukan isteri yang memanjakan mereka setiap saat," kata wanita berusia 30 tahun itu.

Tambahnya, keputusan itu langsung tiada kaitan dengan kemahuan suaminya.

"Dia tak pernah minta semua ini. Ianya idea saya, ia impian sejak kecil lagi," katanya. - Daily Star.

Katrina Holte, suami, manja, isteri

Artikel Lain