suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita mahu saman salun selepas jari dijangkiti bakteria akibat rawatan kuku

Keadaan jari Jane yang dijangkiti bakteria selepas rawatan kuku di sebuah salun.

JANE Sharp mengalami bengkak dan kecederaan di bahagian jarinya selepas melakukan rawatan kuku di sebuah salun.

Ujar wanita dari Tennesee, Amerika Syarikat itu, dia bertuah kerana masih kekal hidup selepas jarinya dijangkiti bakteria.

Kata Jane, dia berkunjung ke sebuah salun dan melakukan rawatan kuku.

Beberapa jam selepas itu, jarinya mula membengkak.

Dia terus mendapatkan rawatan selepas disuruh berbuat demikian oleh anaknya.

Dia kini merancang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas salun berkenaan. - Daily Star.

Jane Sharp, rawatan kuku, bakteria, salun

Artikel Lain