suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita beli pakaian online terkejut dapat 25,000 pil ekstasi

Tiga beg plastik yang mengandungi pil ekstasi ditemui dalam salah satu bungkusan. Foto Polis Linz

SATU pasangan pertengahan usia yang membuat pesanan dua pakaian secara dalam talian, terkejut apabila menerima satu bungkusan mengandungi 25,000 pil ekstasi.

Pasangan yang berumur 58 dan 59 tahun dan menetap di Linz di Austria itu, menempah dua pakaian dari sebuah gedung pakaian di Belanda secara dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Bungkusan ‘free gift’ ada seluar dalam ‘opah’, kaki shopping online tak jadi nak teruja – “Ada ke orang nak beli?”

Polis Linz berkata, mereka menerima dua bungkusan, satu mengandungi dua pakaian yang ditempah dan satu lagi mempunyai tiga beg plastik dipenuhi dengan pil berwarna merah jambu.

Pada awalnya, wanita itu menganggap pil merah jambu tersebut merupakan batu hiasan.

Menurut polis, bagaimanapun selepas diteliti, suaminya berasa curiga dan menghantar kiriman tersebut kepada pejabat pos.

Pihak pejabat pos kemudian membuat laporan berhubung kiriman itu, yang didapati mengandunhgi hampir 25,000 pil ekstasi. - Mirror UK


ekstasi

Artikel Lain