suria

Berjalan semasa tidur, DJ jatuh balkoni patah 28 tulang

Mangsa patah 28 tulang akibat kejadian itu.

SEORANG DJ mengalami kecederaan serius akibat terjatuh dari balkoni sebuah hotel.

Kejadian itu berlaku gara-gara Paul Cartwright yang berjalan sewaktu sedang tidur.

Akibatnya, dia mengalami patah 28 tulang dalam badannya, termasuklah keretakan di tulang kaki dan rusuk.

Lebih malang, kejadian berlaku sewaktu dia meraikan hari lahirnya yang ke-45 di Malta.

Dia merupakan DJ di stesen MuusicFm di London dan terbaring dalam koma selama lebih dua minggu akibat kejadian itu.

Kejadian berlaku pada 15 Ogos lalu. - Mirror.

Artikel Lain