suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah kotor dipenuhi najis dan berenga, paramedik guna pakaian perlindungan bantu wanita ke hospital

PASUKAN paramedik dan bomba terpaksa memakai pakaian perlindungan ketika memasuki sebuah rumah gara-gara terlalu kotor.

Mereka tiba di sebuah kediaman di Toxteth, Liverpool bagi menyelamatkan seorang wanita berusia 61 tahun yang berada dalam keadaan sangat tidak sihat.

Keadaan rumahnyta yang kotor dipenuhi sampah sarap, najis dan berenga memaksa mereka memakai pakaian perlindungan itu.

Wallach didakwa dengan tuduhan pengabaian melampau terhadap isterinya.

Keadaan ibu berusia 61 tahun dan mempunyai dua orang anak itu kelihatan amat kotor termasuk pakaiannya dipenuhi dengan sisa makanan ketika tiba di hospital.

Dia meninggal dunia selepas 19 hari ditahan di hospital selepas didianogsis mempunyai kanser payudara, kegagalan organ serta mengalami tekanan.

Suaminya, Richard Wallach didapati bersalah kerana tuduhan membunuh menerusi pengabaian melampau.

Lelaki berusia 67 tahun itu gagal menjaga isterinya yang mengalami masalah kulit yang dipenuhi dengan berenga.

Bagaimana pun Wallach mengaku bahawa sangat sayangkan isterinya.-mirror.co.uk

Kotor, najis, berenga, mati

Artikel Lain