suria

Alergi WiFi, wanita tidur dalam 'sleeping bag', rela duduk kampung

Rosi mendakwa sensitif kepada medan elektromagnet sejak enam tahun lalu.

SEORANG wanita berusia 70 tahun yang mendakwa sensitif kepada WiFi sehingga sanggup menghabiskan wang untuk melindungi kesihatannya, terkejut dengan pengenalan teknologi 5G.

Rosi Gladwell percaya radiasi elektromagnet yang dipancarkan dari Internet tanpa wayar punca dia lemah dan sesak nafas.

Warga emas dari Totnes, Devon itu membelanjakan 200 pound sterling membeli pengesan radiasi untuk melindungi dirinya.

Rosi berkata dia hanya mendapat tidur lena sekiranya tidur dalam 'sleeping bag' yang dihasilkan menerusi tenunan berwarna perak berharga 400 pound sterling.

Rosi mendakwa tidur lebih lena dalam 'sleeping bag' berwarna perak.

Dia juga mengelak berkunjung ke bandar-bandar besar kerana bimbang teknologi itu akan membunuhnya.

"Saya sebenarnya takut dengan masa depan. Buat masa ini saya beruntung tinggal di sebuah rumah di kawasan kampung yang tidak mempunyai frekuensi elektromagnet.

"Tetapi jika mereka memperkenalkan teknologi 5G maka saya tidak tahu masa depan yang akan dibawa. Ia amat menakutkan saya," katanya.

Rosi mendakwa dirinya sensitif dengan medan elektromagnet enam tahun lalu selepas keadaan itu bertukar lebih baik 10 minit selepas mematikan WiFi dan telefon wayar di rumahnya. - Metro.co.uk

WiFi, Rosi, teknologi 5G

Artikel Lain