suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UFO berbentuk ular di ruang udara Amerika Syarikat

Objek berbentuk ular itu dilihat di lokasi pertama ia dikesan Jun lalu.

SEBUAH objek terbang tidak dikenali (UFO) berbentuk ular dikesan melintas ruang udara Amerika Syarikat (AS) dan kembali ke lokasi pertama ia dilihat.

Objek misteri itu dilihat pertama kali pada Jun lalu apabila seorang YouTuber ternampak cahaya terang di Gurun Mojave di California.

Sejak itu, rakaman objek itu tersebar di Wyoming, New York dan Washington.

Video terbaharu di Gurun Mojave itu dirakam seorang YouTuber yang enggan namanya didedahkan menunjukkan objek berwarna hitam bergerak perlahan di sepanjang kawasan tersebut.

Objek bercahaya itu dikesan di Gurun Mojave.

Dia turut memberitahu bahawa objek itu berbentuk memanjang seperti ular dan bercahaya.

YouTuber itu memberitahu bahawa seorang pengikutnya berpendapat objek itu mungkin sebuah dron.

"Saya terkejut kerana berlaku pada siang hari. Saya tidak dapat mengenal pasti objek itu lalu membuat rakaman video," katanya. - Dailystar

UFO, Amerika Syarikat, Gurun Mojave

Artikel Lain