suria

Bapa durjana rogol anak sendiri sehingga lahirkan 6 cucu

Wanita itu pertama kali hamil sewaktu berusia 16 tahun. FOTO: Getty Stock.

SEORANG wanita dilaporkan sudah melahirkan enam anak akibat dirogol bapa sendiri.

Lebih parah, bapa durjana itu turut merogol salah seorang anak yang dilahirkan oleh anaknya.

Lelaki dari Wales, United Kingdom (UK) itu didakwa sudah melakukan perbuatan berkenaan sejak anaknya masih kecil lagi.

Identiti suspek bagaimanapun tidak didedahkan bagi memberi perlindungan kepada mangsa.

Menurut pendakwa, John Hipkin, suspek turut menggunakan elemen mistik dan bomoh untuk mengawal mangsa.

Tambahnya, gadis itu pertama kali mengandung akibat kejadian berkenaan sewaktu berusia 16 tahun.

Selain merogol mangsa, dia turut membuat perancangan untuk lelaki lain melakukan perbuatan sama ke atas anaknya.

Sewaktu perbicaraan mahkamah, lelaki itu menafikan 36 pertuduhan yang dibacakan ke atasnya. - Daily Star.

rogol, bapa durjana, cucu

Artikel Lain