suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terima laporan tingkah laku buruk, ibu ambil keputusan 'belajar' sekelas dengan anak

Becky menemani anaknya dalam kelas bagi memantau tingkah laku Harley.Foto: Becky Crandley

SEORANG ibu dianggap 'hero' apabila berada bersebelahan anak lelakinya sepanjang kelas berlangsung.

Becky Cransley menuju ke Koleh Komuniti Sittingbourne di Kent sebagai sebahagian daripada kejutan untuk anaknya.

Dia mendapat laporan bahawa anak lelakinya, Harley,12, menunjukkan perangai yang buruk.

Becky telah memberi amaran kepada Harley supaya mengubah tingkah laku sebelum dia terpaksa pergi ke sekolah.

"Ia bermula tahun lalu apabila perangainya berubah, sebahagian daripada faktor pembesaran sebagai remaja. Tetapi ia agak biadap dan kurang ajar, saya tidak boleh tahan dengan perangai itu.

"Saya menerima panggilan telefon mengenai perangainya. Dia seperti tidak kisah dengan denda," jelasnya.

Susulan itu Becky memberitahu pihak sekolah mengenai rancangannya.

"Dia terkedu dan sudah tentu malu apabila memperkenalkan diri sebagai ibunya.

"Saya fikir setiap ibu bapa perlu melakukan ini untuk mengubah perangai," katanya. -metro.co.uk

Ibu, anak, biadap

Artikel Lain