suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

80 peratus badan terbakar, wanita mangsa kekejaman suami kongsi pengalaman

Carmen melecur 80 peratus badannya. Foto: AP

SEORANG wanita mengalami 80 peratus melecur di badannya selepas dipukul dan dibakar oleh suaminya.

Badan Carmen Blandin Tarleton,51, teruk terbakar dalam satu serangan di Vermint, Amerika Syarikat pada 2007 dan pihak hospital terpaksa menggantikan wajahnya.

Namun sepanjang enam tahun, pemindahan itu gagal.

Pasukan doktor mendapati semua tisu rosak teruk yang mengakibatkan hilang penderma wajah.

Carmen memberitahu The Boston Globe bahawa dia tidak kecewa dengan pemindahan pertama di Birmingham dan Hospital Wanita di Bostan kerana ia secara dramatik telah memperbaiki hidupnya.

Dia mampu belajar bermain piano dan banjo, menulis sajak dan terbuka untuk berkongsi pengalamannya.

"Saya berdepan dengan kualiti hidup rendah sepanjang proses pemindahan itu.

"Adakah saya berharap untuk bertahan 10 hingga 20 tahun? Sudah tentu," jelasnya.

Lebih 40 pesakit si seluruh dunia menerima pemindahan wajah baharu termasuk 15 di Amerika Syarikat. - metro.co.uk

Suami, bakar, pukul, isteri

Artikel Lain