Dibanding umpama ular, gadis berlidah panjang dapat rezeki hampir RM415,000 setahun! - Dunia | mStar

Dibanding umpama ular, gadis berlidah panjang dapat rezeki hampir RM415,000 setahun!

Kelebihan pada diri Mikayla membuatkan dia disamakan dengan ular.

PELBAGAI pekerjaan dilakukan semata-mata untuk mencari rezeki dan ini mungkin antara yang pelik.

Mikayla Saravia dari West Palm Beach, Florida di Amerika Syarikat memperoleh $99,500 (RM415,000) setahun hanya dengan bergaya sambil menjelirkan lidahnya yang besar dan panjang sehingga 16.5 sentimeter.

Tambah menarik perhatian apabila Instafamous berusia 21 tahun ini mempunyai dua juta pengikut di Instagram yang membolehkan dia memperoleh pendapatan antara $300 (RM1250) ke $3,000 (RM12,500) untuk setiap posting.

Dengan lidahnya menjulur Mikayla yang mengenakan pakaian mandi atau baju tidur dan aksinya itu sering dibandingkan umpama ular atau reptilia berlidah panjang lain.

Bukan itu sahaja, penjualan barangan juga menjadi sumber pendapatannya termasuk kemeja, pemegang telefon dan pengecaj telefon dengan logo lidahnya yang sinonim dengan dirinya.

Mengenai lidahnya yang panjang, Mikayla berkata, dia menyedari memiliki lidah yang panjang sejak usia muda lagi dan sejak itu mula memikirkan cara untuk membolehkan keadaan itu memberi manfaat kepada dirinya.

"Video paling digemarainya adakah ketika berpura-pura menjadi ayam belanda ketika makan malam bersama keluarga. Iklan yang disiarkan dalam Youtube dan applikasi saya turut membawa pulangan.

"Tahun lalu saya mendapat kira-kira $50,000 (RM208,345) dan mungkin angka itu berlipa ganda tahun ini," katanya.

Mikayla juga menerima ratusan komen pada setiap postingnya, termasuk yang menawarkan untuk membayar untuk setiap gambarkan dengan lidahnya.-metro.co.uk

lidah , Mikayla

Artikel Lain