suria

Wanita keluarkan air mata ‘kristal’ ibarat hidup dalam ‘neraka’

Satenik terpaksa mengeluarkan air mata 'kristal' setiap hari. Foto Sputnik Armenia/east2west news

PAKAR perubatan menjalankan kajian selepas seorang wanita didapati mengeluarkan 'air mata kristal'.

Satenik Kazaryan, 22, yang berasal dari Spandaryan, sebuah kampung di Armenia, mengeluarkan sehingga 50 titisan air mata setiap hari dan keadaan yang menyakitkan itu membuatkan kehidupannya seperti 'neraka'.

"Saya ketika itu bersama doktor gigi, dan nampaknya habuk memasuki mata saya," katanya.

"Ia menyakitkan," tambahnya.

"Saya pergi berjumpa dengan pakar mata, dan beberapa ketulan kristal diambil keluar dari mata saya.

"Sekarang kehidupan harian saya bertukar seperti 'neraka'," katanya.

Pada mulanya, rawatan pertama dilihat membantu masalahnya, tetapi kini tangisan kristal itu sering berlaku.

"Semua doktor terkejut. Mereka tidak pernah berhadapan dengan penyakit itu dan tidak tahu bagaimana untuk merawatnya.

"Malahan, mereka tidka tahu untuk mendiagnosisnya," katanya. 

Salah satu cadangan adalah menghantarnya ke luar negara untuk diagnosis dan mendapatkan rawatan, tetapi laporan mengatakan keluarga Satenik hidup miskin dan bekerja sebagai petani.

Satenik merupakan ibu kepada seorang anak, dan berkahwin pada usia muda iaitu 15 tahun. - Daily Star

neraka, kristal, air mata

Artikel Lain