suria

Bapa maut dirempuh tren selepas lompat ke landasan, anak 5 tahun didukungnya terselamat

Seorang kanak-kanak dikeluarkan dari bawah sebuah tren. Sumber Twitter mdiamond8

SEORANG bapa maut selepas bertindak melompat ke hadapan sebuah tren yang sedang memasuki stesen, dan ketika kejadian dia mendukung anak perempuannya berusia lima tahun.

Bagaimanapun, anaknya terselamat dengan hanya mengalami kesan calar dan lembam, selepas dua orang awam mengangkatnya keluar dari landasan.

Dalam kejadian di stesen Kingsbridge Road di Bronx, New York City, bapa berusia 45 tahun itu maut dirempuh sebuah tren.

Pasukan paramedik gagal menyelamatkan lelaki berkenaan.

Saksi kejadian, Jennifer Hub berkata: "Lelaki itu mendukung anaknya semasa dia melompat ke landasan apabila kereta api tiba," katanya.

"Andaian saya adalah kanak-kanak itu berada di bawah tren dan cukup kecil untuk berada di bawahnya kerana dia hanya mengalami lembam pada dahi dan lengan," tambahnya. - Mirror UK


tren

Artikel Lain