suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murid hubungi polis, minta bantuan akibat gagal jawab soalan Matematik

Murid itu turut mengucapkan terima kasih dan memohon maaf atas tindakannya itu. (Gambar Hiasan)

BERCERITA mengenai anggota polis, tugas mereka pastinya terarah kepada operasi membanteras jenayah.

Namun kadang-kala, mereka turut menerima tugasan yang tidak masuk akal.

Di Indiana, utara Amerika misalnya, seorang pelajar bertindak menghubungi talian kecemasan 911 gara-gara tidak dapat menyelesaikan kerja sekolahnya.

Dikenali sebagai Colorado, murid berusia sepuluh tahun itu tanpa berfikir panjang membuat panggilan ke talian 911 untuk menyelesaikan soalan pecahan dalam subjek Matematik.

Menariknya, anggota polis iaitu Antonia Bundy turut memberi respon yang baik dengan membantu menyelesaikan soalan yang dihadapi pelajar itu.

Selain itu, rakaman audio panggilan berkenaan turut dimuat naik ke laman Twitter.

Malah, murid itu turut mengucapkan terima kasih dan memohon maaf atas tindakannya itu. - Global News.

matematik, polis, murid

Artikel Lain