suria

Diberi kebebasan pakai apa sahaja, pengapit pilih kostum dinosaur di majlis kahwin rakan

Pengapit memilih untuk memakai kostum dinosaur di majlis perkahwinan rakannya.

SUDAH menjadi kebiasaan di majlis perkhawinan, ia akan diserikan dengan pengapit untuk mengiringi pasangan pengantin.

Namun lain pula ceritanya melibatkan satu majlis ini yang mana ia 'dihadiri' seekor dinosaur.

Seorang rakan kepada pengantin yang dilantik sebagai pengapit menampilkan kelainan dengan menggenakan kostum dinosaur.

Dia juga langsung tidak kelihatan malu untuk berdiri bagi mengiringi kedua mempelai sewaktu upacara berkenaan.

Selain pengapit dinosaur, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu yang mengenakan busana-busana tradisional serta formal.

Kisah mengenai pengapit itu menjadi tular apabila ia dikongsi menerusi media sosial.

"Apabila anda menjadi pengapit dan diberitahu bebas untuk menggayakan apa sahaja... Saya tidak menyesal apa-apa"," tulis individu berkenaan.

Malah, ia turut menerima pelbagai komen yang memberi reaksi terhadap idea gilanya itu.

"Jujur, saya akan menyuruh rakan-rakan saya untuk tampil seperti ini di hari perkahwinan saya nanti, ini tampak seronok".

"Kawan, saya suka jika rakan saya turut memakai kostum ini di majlis saya", tulis beberapa netizen. - The Sun.

Artikel Lain