suria

Lokasi makhluk asing terhempas dikesan di pulau terpencil, ramai buat perbandingan teori

Antara paparan yang diperolehi menerusi Google Earth.

SEORANG pengguna rangkaian komuniti Reddit mendakwa dia mengesan tapak makhluk asing terhempas di Britain menerusi paparan Google Earth.

Dakwa individu itu, ia dikesan di kepualaun Georgia Selatan dan Sandwich Selatan, berdekatan kepuluan Antartika.

"Apa yang sepanjang 200 kaki tu? Ada bayang-bayang 50 kaki dan kelihatan seperti terhempas di Pulau Artik?

"Bergerak terlalu pantas sehingga ia menggelongsor 3,000 kaki?" soal individu tersebut.

Posting itu kini turut dihujani komen dan undian orang ramai yang turut membuat perbandingan teori.

Malah, ada yang berjenaka dan mengatakan ia merupakan kesan pendaratan watak adiwira popular, Captain America. - Daily Star.

Artikel Lain