suria

Penumpang terkejut kuda masuk dalam pesawat

Posting yang dikongsikan oleh penumpang pesawat.

PENUMPANG yang menaiki penerbangan American Airlines terkejut apabila melihat seekor kuda turut berada dalam pesawat itu.

Kejadian berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan dari Chicago, Illinois ke Omaha, Nebraska.

Haiwan itu kelihatan berjalan di ruangan tengah pesawat sebelum duduk di hadapan seorang penumpang.

Beberapa penumpang lain turut merakam foto kejadian sebelum berkongsi mengenainya di Twitter.

Kuda itu dikenali sebagai Flirty merupakan 'haiwan servis' yang dilatih untuk membantu orang kelainan upaya.

Malah, ia turut mempunyai Twitter serta Instagram sendiri. - Daily Star.

American Airlines, kuda, pesawat, Flirty

Artikel Lain