suria

Guru cetus kontroversi arah pelajar pakai kotak kadbod, elak tiru dalam ujian

Sekumpulan pelajar memakai kotak kadbod di kepala bagi mengelakkan mereka meniru semasa ujian. Foto Facebook DiarioDeHidalgo

SEORANG guru dikecam gara-gara mengarahkan pelajar-pelajar di sebuah sekolah tinggi memakai kotak kadbod di kepala mereka, bagi mengehadkan penglihatan mereka sekali gus sukar untuk meniru dalam ujian.

Luis Juárez Texis, pengarah Kampus 01 'El Sabinal' di Kolej Sarjana Muda, di Tlaxcala di Mexico, didakwa memalukan dan melanggar hak asasi pelajar-pelajarnya.

Ia susulan gambar guru tersebut menjaga dewan peperiksaan di mana calon-calon memakai kotak kadbod di kepala mereka, menjadi tular.

Ibu bapa pelajar berkongsi gambar tersebut di media sosial dan mengeluarkan kenyataan umum menggesa pihak berkuasa pendidikan di Mexico untuk memecat Texis.

Gambar sekumpulan pelajar memakai kotak kadbod dengan lubang di bahagian mata hanya membenarkan mereka untuk melihat di hadapan tanpa menoleh lepala mereka.

Bagaimanapun, bukan mengecam guru berkenaan, kebanyakan netizen mengucapkan syabas kepada guru terbabit kerana mencari cara yang berkensan untuk mengelakkan aktiviti meniru semasa peperiksaan. - odditycentral

tiru

Artikel Lain