suria

Bakal pelakon filem lucah mati lemas selepas uji bakat

Mangsa mati lemas di kolam di sebuah vila merah selepas menjalani uji bakat. Foto Mirror UK

SEORANG lelaki yang mahu menjadi pelakon filem lucah ditemui lemas di kolam renang di sebuah vila mewah, selepas menjalani uji bakat.

Polis melancarkan siasatan terhadap kematian seorang pelayan berusia 20 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Mairena del Aljarafe dekat Seville, Sepanyol, pada Ahad lalu.

Mangsa ditemui terbaring di dasar kolam renang, selepas meminta kebenaran daripada pengarah filem untuk berenang sementara menunggu dijemput seorang rakan.

Pasukan polis dan paramedik dipanggil ke lokasi kejadian selepas mangsa tidak bernafas sebaik dibawa naik ke darat. - Mirror UK



lucah, lemas

Artikel Lain