suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru 10 minit berlepas, gadis maut terjatuh dari pesawat ringan di Madagascar

Alana Cutland bagaimanapun belum ditemui lagi. FOTO: Facebook.

SEORANG pelajar Universiti Cambridge dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah pesawat ringan di Madagascar, timur Afrika.

Alana Cutland, 19, jatuh dari pesawat itu sewaktu mengikuti satu rombongan bersama pelajar lain.

Kejadian berlaku 10 minit selepas pesawat berlepas.

Polis dan penduduk tempatan kini giat mencari mangsa di dalam hutan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana dia boleh terjatuh dari pesawat itu.

Dalam pada itu, keluarga mangsa turut mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara itu.

"Anak kami Alana seorang yang ceria, berdikari dan sentiasa disayangi oleh mereka yang mengenalinya.

"Kami sedih menerima berita pemergiannya yang selama ini banyak membuat orang lain tersenyum," ujar keluarganya. - Daily Star.

Artikel Lain