suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi kencing luar stesen kereta api, lelaki terpaksa bersihkan sendiri guna mop, baldi

Seorang lelaki ditahan kerana membuang air kecil di luar stesen kereta api Worcester. Foto Elliott Brown / Wikipedia

SEORANG lelaki yang ditangkap kerana membuang air kecil di luar stesen kereta api, terpaksa membersihkannya sendiri selepas polis memberikannya sebatang mop dan baldi.

Polis Pengangkutan Britain memberitahu, seorang lelaki tidak dibenarkan menaiki kereta api dan diminta untuk meninggalkan stesen kereta api Worcester di Worcester, England, kira-kira pukul 1 tengah hari Sabtu, waktu tempatan.

Pegawai polis berkongsi gambar yang menunjukkan seorang lelaki menggunakan mop untuk membersihkan lantai.

Jelasnya, tindakan lelaki yang kencing merata-rata adalah tidak wajar, memandangkan tandas di stesen kereta api ketika itu dibuka. - Mirror UK

Artikel Lain