suria

52 maut, 16 banduan dipenggal dalam rusuhan penjara

Penjara di utara Brazil dibakar. Foto Focus News Video

SEKURANG-kurangnya 52 banduan terbunuh, di mana 16 daripadanya dipenggal dalam kejadian rusuhan di sebuah penjara di utara Brazil.

Insiden tersebut membabitkan dua kumpulan banduan di penjara Altamira.

Dalam kejadian pada Isnin, mangsa dikunci dalam bilik sebelum dibakar.

Pegawai penjara berkata, 16 daripada kesemua mangsa dipenggal kepala, manakala mati kerana sesak nafas akibat kebakaran.

Dua pegawai penjara yang dijadikan tebusan, telah dibebaskan.

Menurut pegawai, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan dan berakhir pada tengah hari.

Penjara Altamira mempunyai kapasiti 200 penghuni tetapi menampung 311 banduan pada masa ini. - Mirror UK

penjara, banduan

Artikel Lain