suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Putera Harry hanya mahu dua anak maksimum

Gambar fail Putera Harry (kanan) dan Sarah bersama anak mereka, Archie. Foto AP

PUTERA Harry mengakui dia mahu maksimum dua anak, bersama Meghan Markle.

Duke of Sussex itu membuat kenyataan itu semasa wawancara bersama pakar etologi, Dr Jane Goodall, 85, yang akan diterbitkan dalam majalah Vogue edisi Britain bagi keluaran September ini.

Bapa berusia 34 tahun itu membuat pendedahan tersebut apabila pasangan itu membincangkan mengenai perubahan iklim dan alam sekitar.

Dr Goodall kemudian mencelah dengan mengatakan bahawa dia berharap Harry dan Meghan tidak akan mempunyai terlalu banyak anak.

Harry kemudian menjawab, "Dua, maksimum!"

Abang Harry iaitu Putera William dan isteri Kate Middleton mempunyai tiga anak, manakala Harry dan Meghan mendapat anak sulung, Archie pada Mei lalu. - Mirror UK


Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Lain