suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anjing setia tunggu tuannya yang telah meninggal dunia, disamakan dengan Hachiko

SEEKOR anjing enggan meninggalkan tempat tuannya meninggal dunia sejak setahun lalu.

Beberapa orang cuba mengambilnya untuk dibela, namun anjing berwarna putih itu akan kembali ke tempat tersebut, di tepi sebuah jalan raya.

Walaupun puas dipujuk oleh penduduk tempatan, anjing itu enggan meninggalkan kawasan itu.

Akhirnya penduduk-penduduk di kawasan tersebut mengambil inisiatif membina sebuah tempat perlindungan bagi keselesaan anjing itu.

Mereka juga turut menyediakan makanan dan minuman.

Pemilik anjing itu, Haris,40 meninggal dunia di situ selepas dilanggar pada 9 November 2017 dan sejak itu anjing tersebut terus setia berada di lokasi terbabit.

Semua penduduk disitu membandingkan kisah anjing ini dengan Hachiko iaitu seekor anjing setia yang menunggu tuannya pulang bekerja setiap hari di Stesen Kereta Api Shibuya, Tokyo selepas meninggal dunia pada tahun 1925.

Hachiko setiap hari akan berada di situ sehingga dia mati sepuluh tahun kemudian.

Arca Hachiko dibina di hadapan stesen tersebut.- metro.co.uk

Artikel Lain