suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 kali 'diserang' penguin, pemilik kedai sushi terpaksa minta bantuan polis

Kejadian berlaku di sebuah kedai sushi di Wellington, New Zealand. FOTO: Getty.

SEBUAH kedai yang menghidangkan sushi menerima kunjungan sepasang penguin sebanyak dua kali.

Ia berlaku di kedai Sushi Bi di Wellington, New Zealand yang mana dua penguin itu menyelinap masuk untuk mencari kawasan yang selesa dan hangat.

Pemilik kedai menemui dua haiwan comel itu sewaktu mahu membuka kedai sekitar awal pagi dan terpaksa menghubungi polis.

Mereka kemudiannya dibawa keluar sebelum dilepskan semula di kawasan pelabuhan Wellington.

Biarpun sudah dihantar pulang, pasangan penguin itu sekali lagi datang ke kedai berkenaan pada hari yang sama.

Dalam pada itu, seorang kakitangan kedai itu turut dihubungi sebuah stesen radio tempatan untuk ditemubual.

"Agak gila untuk fikir bahawa ada penguin yang sedang berkemah dalam kedai anda.

"Tapi saya rasa ia comel, mereka mungkin dalam ketakutan," ujar Wini Morris kepada Radio New Zealand. - Daily Star.

penguin, sushi, polis, pelabuhan

Artikel Lain