suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kembar melekat di kepala akhirnya terpisah, pembedahan lebih 50 jam libatkan 100 staf perubatan

Pasangan kembar Safa dan Warwa dari Pakistan.

PASANGAN kembar Safa dan Marwa Ulla dilahirkan dengan keadaan melekat di bahagian kepala.

Kini, dua kanak-kanak berusia dua tahun itu boleh bergerak dengan sendiri selepas menjalani pembedahan.

Pembedahan pertama berlangsung pada Oktober tahun lalu, yang mana pada waktu itu mereka baru berusia 19 bulan.

Berasal dair Charsadda, Pakistan, mereka menjalani pembedahan terakhir pada 11 Februari lalu.

Operasi pembedahan yang melibatkan 100 staf perubatan di Great Ormond Street itu memakan masa lebih 50 jam.

Ujar ibu kembar itu, Zainab Bibi, 34, dia terhutang budi dengan hospital berkenaan.

"Kami teruja dengan masa depan. Sesungguhnya kami terhutang budi.

"Saya nak ucap terima kasih atas segala yang mereka sudah lakukan," ujarnya. - The Sun.

Artikel Lain