suria

Empat remaja curi pandu kenderaan bapa, tinggalkan nota selamat tinggal

Kenderaan pacuan empat roda milik salah seorang bapa remaja terbabit.

SEKUMPULAN remaja berusia 10-14 tahun ditahan pihak berkuasa gara-gara memandu sebuah kenderaan milih salah seorang daripada bapa mereka.

Mereka telah memandu sejauh 90 batu dari Rockampton, Queensland apabila dan berhenti di Banana untuk  mengisi minyak.

Mereka juga didakwa mencuri petrol di bandar Banana awal pagi Ahad sebelum meneruskan perjalanan.

Mereka merentasi sempadan Glen Innes, New South Wales sebelum tiba di Grafton lokasi mereka ditahan.

Dalam kenderaan pacuan empat roda itu, terdapat empat orang kanak-kanak, tiga lelaki berusia 14 dan 13 tahun dan seorang perempuan,10.

"Mereka diarah membuka pintu yang dikunci. Polis terpaksa menggunakan baton untuk membuka pintu dan menahan kesemuanya.

"Kami yakin mereka bergilir-gilir memandu kerana perjalanan yang jauh," ujar pegawai polis yang bertugas.

Mereka juga meninggal nota selamat tinggal sebelum memandu ke arah timur Australia.  - metro.co.uk

Curi kereta bapa, Autralia

Artikel Lain