suria

Remaja perempuan pengsan ditumbuk selepas diganggu sekumpulan lelaki

Walsh menunjuk kecederaan yang dialaminya. (Foto: Gabrielle Walsh/MEN Media)

MALANG buat seorang gadis dan rakan lelakinya apabila dipukul oleh sekumpulan lelaki selepas keluar dari sebuah kelab malam.

Menurut Gabrielle Walsh,18, dia bersama kawannya Kyle McKeown keluar ke pusat bandar Manchester hujung minggu lalu dan diserang.

Walsh memberitahu, dia ditumpuk sehingga pengsan dan Kyle cuba membantunya.

Berikutan insiden itu, dia mengaku takut untuk keluar dan berkata, 'semua perempuan seperti tidak boleh kata 'tidak'.

Menurut Walsh, dia dan Kyle baharu keluar daripada kelab sekitar pukul 3.30 pagi dan didatangi sekumpulan lelaki.

"Kami dalam perjalanan pulang. Saya menanggalkan kasut dan seorang lelaki datang menghampiri saya berkata 'saya suka kaki awak'.

Kyle turut mengalami kecederaan. Foto: Gabrielle Walsh/MEN Media

"Saya hanya membalasnya 'OK' dan cuba terus berjalan.

"Tetapi saya berpaling ke arah mereka dan berkata, 'Saya minta maaf dan tidak berminat'."

Walsh dari West Gordon berkata, seorang lelaki 20-an memberi reaksi ' siapa bersama anda, 'specky' empat mata? ' dan menunjuk ke arah Kyle yang memakai cermin mata.

"Mereka terus menggangu kami," ujarnya.

"Saya terus mengajak Kyle untuk pergi'.

"Selepas itu dia menumbuk saya menyebabkan pengsan.

"Selepas sedar saya berada di atas lantai dan nampak mereka bertiga sedang melompat ke atas Kyle."

Walsh dan Kyle dibantu oleh sekumpulan sukarelawan komuniti sebelum menghubungi ambulan.

"Merekamembantu menghubungi ambulan tetapi mengambil masa dua jam untuk tiba, jadi saya mengambil teksi ke hospital," jelas Walsh.

Menurut Walsh, doktor memberitahu matanya mengalami darah beku.

"Saya tidak boleh melihat dengan jelas dan apabila buka mata, hanya nampak warna kuning." - mirror.co.uk

Artikel Lain