suria

Bukan adegan filem, aksi individu berenang sebelah obor-obor gergasi ternyata benar

Saiz gergasi obor-obor itu menarik perhatian ramai. FOTO: CORNWALL LIVE.

SEORANG penyelam dirakam sedang berenang bersebelahan dengan seekor obor-obor gergasi bersaiz manusia di perairan Falmouth, Cornwall, United Kingdom (UK).

Ia dirakam pada Ahad yang mana ramai mendakwa persis adegan filem sains fiksyen.

Menurut seorang ahli bilogi, Lizzie Daly, makhluk gergasi itu bersaiz lebih kurang dengan badannya.

"Ia merupakan antara spesis obor-obor paling besar di Britain yang mana diameternya boleh membesar hingga 90cm dan berat 35 kilogram.

"Pada musim panas dan musim luruh, mereka biasanya berenang jauh dari perairan, kadang-kala mereka dalam kumpulan beramai-ramai," ujarnya.

Sekitar bulan Mei sahaja, ribuan makhluk itu boleh disaksikan di sekitar Pelabuhan Torquay.

Malah, pengunjung pantai turut menggelarkan ia sebagai makhluk asing. - Daily Star.

obor-obor gergasi, berenang, cornwall

Artikel Lain