suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri cedera parah gara-gara dipukul suami dengan dumbel kerana berleter

Andrew ditahan di luar rumahnya di Sheffield. Foto: MEN Media

GARA-gara 'berleter',  seorang isteri cedera selepas dipukul dengan dumbel oleh suaminya.

Aimee Dixon,37, mengalami kecederaan serius sehingga menyukarkan dia untuk makan dan minum.

Dia masih menjalani rawatan di hospital sejak insiden berlaku lapan bulan lalu.

Kecederaan Aimee di bahagian kepala termasuk retak di beberapa bahagian badan itu sukar untuk kembali pulih seperti biasa dan dijangka tidak dapat makan dengan sempurna.

Dipercayai suaminya Andrew Dixon, 35, memukulnya sebanyak tiga kali di bahagian muka menggunakan dumbel ketika kedua-dua mereka bertengkar.

Andrew didianogsis mengalamani 'paranoid schizophrenia' dan dihantar ke Humber Center dari Penjara Doncaster.

Dia bertindak menyerang isterinya itu selepas beranggapan Aimee berleter mengenai pengambilan ubat-ubatannya. -mirror.co.uk

Pukul isteri, dumbel, cacat

Artikel Lain