suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki berdepan detik cemas diserang sekumpulan monyet

Mangsa terbaring di atas tanah selepas diserang seekor monyet. Foto Newsflare

SEORANG lelaki berjaya menyelamatkan diri selepas diserang sekumpulan monyet di luar kediamannya di India.

Ketika kejadian, Nikunj Goyal sedang meletakkan skuternya dan berjalan ke pintu depan rumahnya di Vrindavian di utara Uttar Pradesh pada Sabtu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di jalan menunjukkan Nikunj berpaling ke satu sudut apabila sekumpulan monyet sedang berkeliaran dekat tempat pembuangan sampah.

Rakaman menunjukkan salah seekor monyet mendekatinya sebelum melompat ke belakang badan sebelum mangsa memasuki rumahnya.

Beberapa ekor monyet kemudian turut menyerang Nikunj menyebabkan mangsa terbaring di atas tanah.

Nikunj cuba melepaskan diri sebelum berjaya melarikan diri dari kawasan itu.

Lebih 10 ekor monyet dilihat menyerang Nikunj dalam kejadian tersebut. - Mirror UK

monyet, serang

Artikel Lain