suria

Gadis dikerat 14 selepas keluar dating dengan pemuda dikenali di Tinder

Sydney Loofe hilang selepas berjumpa dengan seorang lelaki yang dikenalinya secara dalam talian. Foto Mirror UK

MAYAT seorang gadis ditemui dalam keadaan mengerikan apabila badannya dikerat 14 bahagian.

Menurut pendengaran mahkamah, mangsa dipercayai dibunuh selepas aktiviti seks bersama pasangan yang dikenalinya di laman sosial Tinder.

Ibu bapa Sydney Loofe, 24, bimbang apabila anak mereka hilang selepas keluar bersama Aubrey Trail, 52.

Mayat anak mereka ditemui sebulan kemudian, dalam keadaan badannya dikerat dan disumbat dalam beberapa plastik sampah.

Kesemua plastik sampah itu dibuang di sebuah padang di Omaha, Nebraska di Amerika Syarikat.

Trail dan teman wanitanya, Bailey Boswell, 25, didakwa kerana membunuh.

Menerusi perbicaraan pada minggu ini, dilaporkan bahawa mayat Loofe menunjukkan tanda-tanda mangsa cuba melepaskan diri sebelum mati.

Ahli patologi forensik, Dr Michelle Elieff berkata, kening Loofe didapati koyak dan terdapat kesan lebam pada pergelangan tangannya, belakang kepala dan paha.

Peguam bela bagaimanapun membantah kecederaan itu disebabkan oleh aktiviti seks. 

Trail berdepan dengan hukuman mati jika disabitkan bersalah. - Mirror UK

mayat, seks, dikerat, Tinder

Artikel Lain