suria

Pasangan suami isteri rogol anak kandung umur 2 tahun, rancang perkosa anak belum lahir

Pasangan suami isteri Gerard dan Christina Coddington merogol anak mereka yang berusia dua tahun, rancang perkosa bayi belum lahir. -foto Galvin County Jail

SEORANG ibu dan bapa merogol anak perempuan mereka yang berusia dua tahun dan merancang satu plot untuk memperkosa bayi mereka yang belum lahir, menurut dokumen pendakwaan.

Gerrad Coddington, 25, dan isterinya, Christina Nelson-Coddington, 29, dilaporkan memukul, menggari dan merogol anak perempuan mereka yang masih kecil.

Dokumen mahkamah yang difailkan pada Rabu mendedahkan bahawa Gerrad, dari Oklahoma City, juga berkomplot untuk merogol anaknya yang belum lahir.

Dia dan isterinya dikatakan telah menggari, memukul dan memperkosa mangsa-mangsa lain di bawah penjagaan mereka.

KFOR melaporkan bahawa pasangan itu pada asalnya ditangkap pada 14 Jun atas tuduhan menghasilkan pornografi kanak-kanak dan pelanggaran Akta Jenayah Komputer Oklahoma.

Tuduhan pertama berpunca daripada tindakan mereka yang dikatakan berkongsi gambar penderaan seks kanak-kanak di Facebook.

Ejen-ejen FBI mencekup pasangan itu selepas mendapat maklumat mengenai 'aktiviti di internet yang mencadangkan terdapat golongan kanak-kanak yang dieksploitasi' menurut Peguam Negara Oklahoma Mike Hunter.

Hunter menambah: "Penyiasatan mendedahkan bahawa jenayah itu yang melibatkan kanak-kanak sangat menyedihkan.

"Penyiasatan berterusan ke atas pasangan itu menyaksikan pendakwaan ditambah termasuk rogol darjah pertama, sumbang mahram dan penyalahgunaan kanak-kanak awal minggu ini."

Pertuduhan yang dikenakan membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun di Oklahoma, tetapi boleh meningkat sehingga 10 tahun lagi jika sabitan di mahkamah persekutuan. -MetroUK

rogol, anak, pedofilia

Artikel Lain