suria

Enggan disamakan dengan wajah pelakon, lelaki ini ubah wajah namun akhirnya menyesal

Halewood menyesal selepas mengubah wajahnya.

SEORANG lelaki yang sanggup menghabiskan wang berjumlah 20,000 paun untuk menjalani prosedur kecantikan kerana tidak mahu disamakan dengan Alan Carr.

Liam Halewood,33, tidak suka wajahnya selalu dibandingkan dengan pelakon komedi berusia 43 tahun itu.

Seterusnya dia mula mengubah wajah selepas muak apabila selalu dibuat perbandingan.

Dalam tempoh dua tahun Halewood telah mengubah wajahnya dengan botox di bahagian bibir, muka, rahang,turut mengubah rambut, kening, dan beberapa bahagian lagi.

Halewood tidak mahu disamakan dengan Carr (gambar kecil).

Namun selepas tampil di kaca TV dalam program realiti termasuk BodyFixers, Four in a Bed and Judge Rinder, program sendiri  Halewood masih tidak berpuas hati.

"Pada mulanya saya tidak kelihatan seperti Alan Carr, tetapi selepas itu saya mahu menjadi diri saya sendiri.

"Saya memutuskan untuk melakukan sesuatu lebih drastik mengubah penampilan ini, walaupun keluarga saya melarang berbuat demikian.

"Di luar sana orang mungkin fikir saya gembira dan mempunyai banyak wang, namun sebaliknya.

"Saya mempunyai hutang, saya depresi, saya dalam proses perceraian, dan hilang semua apa yang diimpikan.

"Orang fikir saya bintang, namun realitinya saya tidak ada apa-apa," katanya. -mirror.co.uk

Tukar wajah, Halewood

Artikel Lain