suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjinak haiwan terkenal maut dibaham 4 harimau sebelum persembahan sarkas bermula

Kejadian berlaku sejam sebelum persembahan sarkas dimulakan.

SEORANG penjinak haiwan terkenal meninggal dunia akibat dibaham empat ekor harimau.

Kejadian berlaku sewaktu dia sedang membuat persiapan untuk persembahan sarkas pada Khamis di Circo Orfei, Itali.

Mangsa, Ettore Weber, 61, sedang membuat raptai sebelum seekor harimau menyerangnya.

Kemudian, tiga ekor harimau lain turut menyerang lelaki itu.

Biarpun cuba diselamatkan oleh rakannya, dia yang mengalami kecederaan teruk akhirnya meninggal dunia.

Kejadian itu berlaku sejam sebelum persembahan sarkas dimulakan.

Ia dijadualkan dipersembahkan di bandar Bari sehingga 15 Julai ini. - Daily Star.

penjinak haiwan, sarkas, Ettore Weber

Artikel Lain