suria

Remaja transgender dirogol secara berkumpulan pada malam pertama selepas tukar jantina

Mangsa dihampiri sewaktu keluar dari sebuah kelab gay di Antwerp, Belgium.

SEORANG remaja lelaki yang baru menjalani pembedahan jantina berdepan detik malang apabila dia dirogol secara berkumpulan.

Malah, kejadian itu berlaku pada malam pertama selepas dia menjalani pembedahan itu, ujar pendakwa raya.

Berusia 17 tahun, mangsa keluar bersama dua lagi rakan menerusi kejadian pada 22 Jun tahun lalu.

Seorang lelaki berusia 34 tahun dikatakan menghampiri mangsa ketika dia berada di sebuah kelab gay di Antwerp, Belgium.

Sewaktu keluar dari kelab itu, dia dihampiri oleh lelaki sama bersama dua lagi lelaki lain, berusia 24 dan 25 tahun.

Mangsa yang mabuk dibawa masuk ke dalam sebuah teksi sebelum dirogol.

Dedah mangsa, dia berjaya melarikan diri selepas menggigit kemaluan salah seorang pelaku berkenaan.

Ketiga-tiga suspek akan disambung perbicaraan pada 11 Julai ini. - Daily Star.

Artikel Lain