suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis, gadis jelita maut dihempap batu setengah tan ketika bersiar-siar di pantai

Sandra Amoros (gambar kecil) maut di lokasi kejadian.

HASRAT seorang gadis berusia 24 tahun bersiar-siar di pantai bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia akibat dihempap batu.

Mangsa, Sandra Amoros dihempap batu seberat setengah tan yang mana ia turut mencederakan rakan lelakinya.

Rakannya, Adelardo Contador, 25, bagaimanapun hanya mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Kejadian berlaku di Pantai Majorca, di Cala Vinyes, Calvia, Sepanyol.

Mereka bersiar-siar di lokasi itu sebelum ditimpa batu berkenaan.

Dalam pada itu, Adelardo menyelar pihak berkuasa kerana membiarkan lokasi itu diakses oleh orang awam sehingga kejadian itu menimpa mereka.

Namun, tidak dapat dipastikan jika pihak berkuasa sedang menyiasat kes berkenaan. - The Sun.

 

Artikel Lain